PENGGUNAAN AUGMENTED REALITY (AR) MENERUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB WARGA EMAS [THE USE OF AUGMENTED REALITY (AR) THROUGH INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY IN ARABIC LANGUAGE LEARNING FOR SENIOR CITIZENS]

SkripsiYuk- Kami melayani Jasa Konsultasi  Skripsi tesis disertasi , Jasa Konsultasi Skripsi

Abstrak

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan satu platform yang berperanan penting pada masa kini. Kemajuan TMK mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Bidang pendidikan juga turut mengalami perubahan yang ketara. Pembelajaran sepanjang hayat membawa erti bahawa pendidikan tidak mengira had umur. Justeru itu warga emas juga tidak terkecuali mengalami proses pendidikan . Pengkaji mendapati bahawa antara ilmu yang banyak diminati oleh warga emas ialah bahasa Arab. Tujuan kajian ini untuk meninjau penggunaan AR di dalam pembelajaran bahasa Arab. Dapatan menunjukkan antara tujuan warga emas mempelajari bahasa Arab untuk memudahkan mereka memahami maksud bacaan di dalam solat dan mendalami intisari ayat-ayat suci al Quran di samping mengisi waktu senggang mereka dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Namun begitu kekangan yang dihadapi ialah kaedah pembelajaran tradisional yang digunakan oleh guru menyebabkan bahasa Arab menjadi sukar difahami dan diingati di samping faktor usia yang menjadikan mereka tidak mampu untuk fokus dalam masa yang lama ketika menghadiri kelas. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan dengan merujuk daripada artikel dan bahan bacaan berkaitan penggunaan AR di dalam pendidikan. Aplikasi AR menggunakan teori pembelajaran konstrutivisme yang mencakupi 3 elemen iaitu asimilation (penyatuan), accomodation (penyesuaian) dan equilibration (keseimbangan).Teori ini melalui tiga fasa iaitu orientasi, mengaplikasi idea dan membuat idea. Melalui penggunaan aplikasi AR menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih menarik dan mudah untuk difahami serta mudah diamalkan. Hal ini kerana kaedah yang digunakan hanya diakses melalui telefon bimbit atau sebarang peranti elektronik. Pelajar perlu memuat turun aplikasi tersebut dan membuat imbasan pada gambar atau objek yang tertera . Maka akan terpapar satu bentuk audio visual hasil gabungan alam realiti dan imej yang seakan-akan hidup . Sesi pembelajaran akan berjalan dalam keadaan santai dan di mana sahaja. Oleh itu jelas di sini penggunaan AR dapat mengatasi keciciran dalam menuntut ilmu di kalangan warga emas.

Kami menyediakan konsultasi judul skripsi dan pembuatan skripsi baik secara online maupun offline. Jika anda berharap mendapatkan layanan tersebut dapat menghubungi kontak admin di website skripsiyuk.com.

Demikian abstrak skripsi dapat mengunduh file melalui tombol Download di bawah. bila anda sedang mengerjakan skripsi dan kebingungan, dapat menghubungi kami untuk konsultasi maupun pembuatan skripsi.